KURSUS TANAMAN CILI SECARA FERTIGASI

Tarikh Kursus :
20 Jun 2009 (Kumpulan 5) - Bangi, Selangor
27 Jun 2009 (Kumpulan 6) - Bangi, Selangor

Masa :
08.30am hingga 05.30pm

Tempat :
Bangi - Pejabat Urusan Al Ansar, 87A, Jln 8/1 Seksyen 8, Bandar Baru Bangi. (PKNS, Bangi).
Segamat - Pejabat Pertanian Batu Anam, Batu Anam, Segamat, Johor.

Tentatif Kursus :

08.30am - 09.00am Pendaftaran Peserta
09.00am - 10.00am Tajuk 1 : Pengenalan (Asas Sistem Fertigasi)
10.00am - 11.00am Tajuk 2 : Pengurusan Tanaman
11.00am - 11.15am REHAT (Minum Pagi)
11.15am - 01.15pm Tajuk 3 : Pembajaan & Kawalan Penyakit
01.15pm - 02.00pm REHAT (Makan tengahari & Solat Zohor)
02.00pm - 03.30pm Tajuk 4 : Kos & Pasaran (Usahawan Tani)
03.30pm - 05.00pm Lawatan Ladang Cili
05.00pm - 05.30pm Perasmian Penutup & Penyampaian Sijil

DAFTAR SEGERA, JANGAN BERLENGAH LAGI, TEMPAT TERHAD

Yuran Kursus: RM200.00 (Bayaran deposit RM100 semasa pendaftaran, baki RM100 pada hari training.)

Untuk Pendaftaran, Sila SMS;

ANSAR<>DAFTAR<>NAMA PENUH<>NO KP<>NO HP

HANTAR KE 36553

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi;

016 210 8533 / 03 8926 3575 Encik Mohd Farizal

DIY SET FERTIGASI LAMAN DAPUR

DIY Set Fertigasi Laman Dapur adalah merupakan set mini untuk 10 polibeg. Ia sesuai untuk hobi atau cubaan sebelum membuat secara ladang. Ruang yang diperlukan hanya 12' X 5' sahaja.




SENARAI PERALATAN

10M Poly-tube 16mm
10 unit (6ocm) Poly-tube 4/6mm
10 unit Dripper & nipple
1 unit Pam Mini
1 unit Digital Timer
1 unit End-line
1 unit penebuk lubang
5m Silvershine
10 unit Cocopeat (Medium tanaman)
1 unit Peatmoss
20 Biji Benih Cili Kulai 568
1 set Baja A/B
1 botol Racun Serangga
Tray semaian
Manual


Anda boleh miliki set ini pada harga serendah RM198.00
(termasuk penghantaran bagi semenanjung Malaysia sahaja)


Untuk tempahan Taip

ANSAR<>FERTIGASI<>NAMA PENUH<>ALAMAT<>NO HP

hantar ke 36553


atau layari

http://www.lamandapur.com/


BERTANI DENGAN TEKNIK FERTIGASI


APA ITU SISTEM FERTIGASI?


  • Gabungan 2 perkataan "fertilizer & irrigation"

  • Tidak menggunakan tanah

  • Baja lengkap dalam bentuk larutan nutrien diagihkan terus ke pangkal tanaman melalui sistem pengairan.

  • Kualiti tanaman bergantung kepada kadar nutrien yang seimbang, kepekatan dan mutu baja yang dibekalkan.

  • Pokok ditanam di dalam polibeg atau pasu

KENAPA MEMILIH SISTEM FERTIGASI?



  1. Boleh dijadikan hobi yang menguntungkan.

  2. Pendapatan lumayan dalam masa singkat

  3. Teknik pertanian yang mudah dipelajari

  4. Boleh dibuat ditepi rumah, balkoni atau tanah terbiar

  5. Tidak perlu pekerja yang ramai

  6. Boleh menambah pendapatan

  7. Senang, Mudah dan Terbukti

KURSUS ASAS TANAMAN SERAI

Pada 13 Disember yang lalu, telah diadakan Kursus Asas Tanaman Serai bertempat di Pejabat Urusan Al Ansar Group. Kursus ini meliputi teori berkenaan tanaman serai, praktikal cara menanam serai, Pinjaman MARA & Contract Farming. Penceramah adalah dari Jabatan Pertanian, MARA serta Al Ansar sendiri.

Kusus kali ke-2 akan di adakan pada ;

Tarikh : 17 Januari 2009

Masa : 8.00am - 5.00pm

Daftar sekarang

PELUANG NIAGA DENGAN SERAI

Kenapa Pilih Serai ?
  • Penjagan yang MUDAH
  • KURANG RISIKO kerosakan dan TAHAN LASAK
  • tempoh tuaian antara 6 HINGGA 8 BULAN sahaja
  • HASIL yang LUMAYAN
  • JAMINAN BELIAN balik (CONTRACT FARMING)


Permintaan Dan Keperluan

Baka serai berpotensi tinggi ini di kenali dengan nama ‘Cymbopogon Citratus’.Ia digunakan untuk menghasilkan minyak serai yang bermutu tinggi.Pemintaan minyak serai berasaskan baka ini dianggarkan sebanyak 1.5 billion setahun dan ini memerlukan lebih 300,000 hektar tanaman serai. Dengan ini pihak syarikat AL ANSAR berusaha untuk meyumbangkan sebanyak sepuluh peratus (10%) daripada keperluan. Minyak pati serai diguna sebagai pewangi sabun, bahan pencuci, syampu dan produk lain.

Walau bagaimanapun sebahagian besar daripadanya digunakan untuk mendapatkan sitral (secara isolasi fizikal) dan ionones (secara tindak balas kimia terhadap sitral) untuk pembuatan minyak wangi dan pati minyak serai.


Ringkasan Maklumat Teknikal Tanaman Serai

Serai hidup subur pada tanah yang mempunyai bacaan pH 4.3 ke 8.4 dan mempunyai sinaran pancaran cahaya matahari yang cerah (ruj. Simon, J.E and L.E Cracker 1984: An Indexed Bibliography, 1971-1980).

Serai tidak dapat hidup di kawasan air bertakung, jadi sistem perparitan dan saliran air yang sempurna perlu disediakan. Tanah Gambut tidak sesuai untuk tanaman serai kerana terlalu berasid.

Jarak antara batas adalah 4 kaki dan antara perdu (rumpun) adalah 3 kaki , setiap lubang akan ditanam 6 batang benih serai ( 1 perdu) dan setiap ekar di anggarkan sebanyak sebanyak 3600 perdu.

(untuk maklumat lanjut, hadir kursus anjuran kami yang akan diberitahu dari masa ke semasa)

RINGKASAN EKSEKUTIF

"Pertanian Adalah Perniagaan" sesuai dengan misi kerajaan dalam RMK-9. AL ANSAR AGRO SDN BHD akan melaksanakan usaha disektor pertanian dan perladangan. Lebih-lebih lagi apabila "Dasar Pertanian Negara Ke-3" dikaji semula dengan menjurus kepada aktiviti ke arah daya pengeluaran pertanian secara komersil untuk pasaran tempatan dan luar negara.

AL ANSAR AGRO SDN BHD telah memulakan usaha dalam bidang pertanian dengan penanaman serai dari spesies Cymbopogon Citratus. Nama saintifik serai ini ialah Cymbopogon Ciratus atau lebih dikenali sebagai serai makan, jenis varieti Paha Ayam dan Hijau. Tempoh matang bagi serai ini adalah selama 6 bulan.

Projek penanaman serai ini boleh bertahan di dalam apa jua suasana ekonomi. Selain daripada itu ia juga menjadi satu industri kerana pelbagai produk hiliran telah pun berada dipasaran seperti sabun, syampo, pencuci, pewangi, minuman dan sebagainya.

Projek ini juga boleh disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat kerana modal permulaan yang rendah. Tanaman serai ini amat lasak dan berisiko rendah. Usahasama antara AL ANSAR AGRO dengan syarikat/Individu dapat menyumbang kepada misi Kerajaan untuk menjadikan “Pertanian Sebagai Enjin Ke-3 Ekonomi Negara” seperti termaktub di dalam RMK 9.

AHLI LEMBAGA PENGARAH








PENGERUSI EKSEKUTIF
Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr Sheikh Omar Abdul Rahman
D.P.S.K, J.S.M, S.M.S








KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
En. Muhamad Khanafi Bin Husin














KETUA PEGAWAI OPERASI
En Nazri Bin Dato' Omar
















 

blogger templates | Make Money Online