PELUANG NIAGA DENGAN SERAI

Kenapa Pilih Serai ?
  • Penjagan yang MUDAH
  • KURANG RISIKO kerosakan dan TAHAN LASAK
  • tempoh tuaian antara 6 HINGGA 8 BULAN sahaja
  • HASIL yang LUMAYAN
  • JAMINAN BELIAN balik (CONTRACT FARMING)


Permintaan Dan Keperluan

Baka serai berpotensi tinggi ini di kenali dengan nama ‘Cymbopogon Citratus’.Ia digunakan untuk menghasilkan minyak serai yang bermutu tinggi.Pemintaan minyak serai berasaskan baka ini dianggarkan sebanyak 1.5 billion setahun dan ini memerlukan lebih 300,000 hektar tanaman serai. Dengan ini pihak syarikat AL ANSAR berusaha untuk meyumbangkan sebanyak sepuluh peratus (10%) daripada keperluan. Minyak pati serai diguna sebagai pewangi sabun, bahan pencuci, syampu dan produk lain.

Walau bagaimanapun sebahagian besar daripadanya digunakan untuk mendapatkan sitral (secara isolasi fizikal) dan ionones (secara tindak balas kimia terhadap sitral) untuk pembuatan minyak wangi dan pati minyak serai.


Ringkasan Maklumat Teknikal Tanaman Serai

Serai hidup subur pada tanah yang mempunyai bacaan pH 4.3 ke 8.4 dan mempunyai sinaran pancaran cahaya matahari yang cerah (ruj. Simon, J.E and L.E Cracker 1984: An Indexed Bibliography, 1971-1980).

Serai tidak dapat hidup di kawasan air bertakung, jadi sistem perparitan dan saliran air yang sempurna perlu disediakan. Tanah Gambut tidak sesuai untuk tanaman serai kerana terlalu berasid.

Jarak antara batas adalah 4 kaki dan antara perdu (rumpun) adalah 3 kaki , setiap lubang akan ditanam 6 batang benih serai ( 1 perdu) dan setiap ekar di anggarkan sebanyak sebanyak 3600 perdu.

(untuk maklumat lanjut, hadir kursus anjuran kami yang akan diberitahu dari masa ke semasa)

RINGKASAN EKSEKUTIF

"Pertanian Adalah Perniagaan" sesuai dengan misi kerajaan dalam RMK-9. AL ANSAR AGRO SDN BHD akan melaksanakan usaha disektor pertanian dan perladangan. Lebih-lebih lagi apabila "Dasar Pertanian Negara Ke-3" dikaji semula dengan menjurus kepada aktiviti ke arah daya pengeluaran pertanian secara komersil untuk pasaran tempatan dan luar negara.

AL ANSAR AGRO SDN BHD telah memulakan usaha dalam bidang pertanian dengan penanaman serai dari spesies Cymbopogon Citratus. Nama saintifik serai ini ialah Cymbopogon Ciratus atau lebih dikenali sebagai serai makan, jenis varieti Paha Ayam dan Hijau. Tempoh matang bagi serai ini adalah selama 6 bulan.

Projek penanaman serai ini boleh bertahan di dalam apa jua suasana ekonomi. Selain daripada itu ia juga menjadi satu industri kerana pelbagai produk hiliran telah pun berada dipasaran seperti sabun, syampo, pencuci, pewangi, minuman dan sebagainya.

Projek ini juga boleh disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat kerana modal permulaan yang rendah. Tanaman serai ini amat lasak dan berisiko rendah. Usahasama antara AL ANSAR AGRO dengan syarikat/Individu dapat menyumbang kepada misi Kerajaan untuk menjadikan “Pertanian Sebagai Enjin Ke-3 Ekonomi Negara” seperti termaktub di dalam RMK 9.
 

blogger templates | Make Money Online