RINGKASAN EKSEKUTIF

"Pertanian Adalah Perniagaan" sesuai dengan misi kerajaan dalam RMK-9. AL ANSAR AGRO SDN BHD akan melaksanakan usaha disektor pertanian dan perladangan. Lebih-lebih lagi apabila "Dasar Pertanian Negara Ke-3" dikaji semula dengan menjurus kepada aktiviti ke arah daya pengeluaran pertanian secara komersil untuk pasaran tempatan dan luar negara.

AL ANSAR AGRO SDN BHD telah memulakan usaha dalam bidang pertanian dengan penanaman serai dari spesies Cymbopogon Citratus. Nama saintifik serai ini ialah Cymbopogon Ciratus atau lebih dikenali sebagai serai makan, jenis varieti Paha Ayam dan Hijau. Tempoh matang bagi serai ini adalah selama 6 bulan.

Projek penanaman serai ini boleh bertahan di dalam apa jua suasana ekonomi. Selain daripada itu ia juga menjadi satu industri kerana pelbagai produk hiliran telah pun berada dipasaran seperti sabun, syampo, pencuci, pewangi, minuman dan sebagainya.

Projek ini juga boleh disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat kerana modal permulaan yang rendah. Tanaman serai ini amat lasak dan berisiko rendah. Usahasama antara AL ANSAR AGRO dengan syarikat/Individu dapat menyumbang kepada misi Kerajaan untuk menjadikan “Pertanian Sebagai Enjin Ke-3 Ekonomi Negara” seperti termaktub di dalam RMK 9.
 

blogger templates | Make Money Online